Assalamu'alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Sebelum Engkau Halal Bagiku
Ahlan Wa Sahlan,Marhaban
fii zaumina hadza
Buat Akhina Wa Ukhtina yang ingin TAG or SHARE
PICT'a,di persilahkan "BEBAS"
Silahkan Bantu sahabat'' lain ngETaG
ya
ANA UHIBUKA LADZI AHBABTANI LAHUU
Alhamdulillaah…..
Segala
Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim..
Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.
Allahumma Shalli
wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam
Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.
`*•Yaa Rabbi•*´¯)
Ajarilah kami
bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam
berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap
ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar
bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana
Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.
Bagi isteri
hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat
5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta
mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui
Anas r.a)
Daripada Anas,Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,
berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan
disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat
Ahmad)
Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar
mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.
Daripada Aishah r.a.
katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah
sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut
berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang
paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur."
Rasulullah
SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji”
(an-Nasa’i)”
Pernah Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang
bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh
manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada
suaminya.”
Namun perempuan lebih ramai di neraka
Dari Abdullah bin Umar r.a
katanya:Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam telah bersabda: “Wahai kaum
wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun.
Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni
Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai
Rasulullah,kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni
Neraka?”Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda:“Kamu banyak mengutuk dan
mengingkari suami.
Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama
yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya
lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
“Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah
penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.
Inilah yang
dikatakan kekurangan akal.
Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada
malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid.
Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
Dari Imran bin Husain dia
berkata,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis
Riwayat Muslim dan Ahmad)
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang
bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan
penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka
maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al-
Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam :“Allah tidak
akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan
tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)
Sabda Rasulullah Shallahu 'alaihi
wassalam :“Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie)
maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan
At-Tirmizi )
Dalam hadis yang lain,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam
menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka,baginda bersabda :“ … dan
wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang,
melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan
kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul
unta.
Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal
wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis
Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari,Rasulullah
Shallahu 'alaihi wassalam. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya
dengan solat yang panjang,
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam melihat Syurga
dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para
sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat
pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah
kaum wanita.
Para sahabat pun bertanya:“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?”
Baginda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran
mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda
menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap
kebaikan-kebaikannya.
Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di
antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada
dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah
melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ketika
beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa
kepada Allah SWT. dan anjuran untuk mentaati-Nya.
Baginda pun bangkit
mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka
tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua.
Kerana kebanyakan kamu adalah
kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara
wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya :
“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak
mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat
Al-
(Bukhari)
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda: Wahai kaum
wanita, bersedekahlah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku
mengetahui bahawa kamu golongan yang banyak sekali di antara ahli neraka..
(Hadis riwayat Bukhari Ibn Majah)
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Sebuah renungan untukku, untukmu,untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci...
Bergeraklah
masuk,Buka tiap lembaran kalimat hati,maknai,lalu tunaikanlah
Hak cipta adalah
milik Allah Azza Wa Jalla semata.Ilmu adalah amanat Allah yg harus disampaikan
kepada Ummah...kami hanya menyampaikan apa yg kami miliki...
Sungguh bahagia
insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang
pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu
oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya
Barakallaahu
fiykum wa jazzakumullah khoir
♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥
Semoga apa yang telah disampaikan ini ada
manfaatnya,
Afwan Minkum Kebenaran datangnya dari Allah kekurangan dari
pribadi ana dan ana hanya menyampaikan apa yang diamanahkan Allah
Wallahù'alam
bíshawab Wabíllahí taùfík walhídayah,
Wa'alaikum Salam Warahmatullahi
Wabarakatuh
—
Selengkapnya
Kunjungi Blog SEHB
http://andikaalbanjariiiyahoocom.blogspot.com/2011/09/perempuan-mudah-masuk-syurga-tapi-ramai.html
Sebelum Engkau Halal BagiKu fb
Sebelum Engkau Halal BagiKu fb
https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354
follow twitter https://twitter.com/#!/Motivasi_SEHB
Tidak ada komentar:
Posting Komentar